Nurul Nasuha
maulidur rasul part 3
29 January 2013 • 17:19 • 0 000 comment(s)

. Assalamualaikum .

First sekali Nurul nak minta maaf sangat-sangat sebab terlambat update entry ni seperti yang dijanjikan . Let's start .

Keistimewaan Nabi Muhammad S.A.W :

  • Nabi Melihat Dan Mendengar Apa Yang Kita Tidak Dengar Dan Lihat
Daripada Abu Zar berkata, Rasulullah SAW bersabda: 
“Sesungguhnya aku dapat melihat apa yang kamu tidak lihat dan aku mendengar apa yang kamu tidak dengar. Langit merintih dan memang ia mempunyai hak untuk merintih. Tidak ada padanya (langit itu) walau selebar empat jari melainkan ada malaikat meletakkan dahinya sujud kepada Allah. Demi Allah! Sekiranya kamu mengetahui apa yang aku ketahui, pasti kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis, kamu tidak akan bersedap-sedap dengan isteri-isteri di atas ranjang dan kamu pasti akan keluar menuju ke jalan-jalan untuk tunduk memohon pertolongan kepada Allah”.

  • Nabi Terpelihara Dari Menguap 
Imam al-Bukhari meriwayatkan dalam al-Tarikh, dan Ibnu Abi Syaibah dalam al-Musannaf, serta Ibnu Sa’ad daripada Yazid ibn al-Asom, berkata:
“Nabi Muhammad SAW tidak pernah menguap sama sekali.”

  • Peluh Nabi Yang Mulia
Imam Muslim meriwayatkan daripada Anas berkata:
Rasulullah SAW pernah datang kepada kami lalu tidur sebentar (qailulah) di tempat kami. Baginda SAW berpeluh (semasa tidur). 

Ibuku datang membawa sebuah botol kaca lalu menadah peluh Rasulullah SAW yang mengalir itu. 

Rasulullah SAW pun terjaga lalu bersabda, “Wahai Ummu Sulaim! Apakah yang engkau lakukan?” 

Dia menjawab: “Peluh ini akan kita jadikan minyak wangi kita, ia adalah wangian yang paling harum!”

  • Ketinggian Nabi
Diriwayatkan oleh Ibnu Khaithamah di dalam Tarikhnya, Imam Baihaqi dan Ibnu ‘Asakir, daripada Aisyah r.ha, beliau berkata:

“Rasulullah SAW tidak terlalu tinggi dan tidak pula terlalu rendah. Baginda SAW kelihatan berperawakan sederhana jika berjalan sendirian. Tiada seseorang yang berjalan bersama Rasulullah SAW (kelihatan) lebih tinggi, melainkan Baginda SAW melebihi ketinggian mereka ".

“Jika ada dua orang lelaki yang tinggi bersamanya, Baginda SAW tetap kelihatan lebih tinggi daripada mereka. Tetapi, jika mereka berpisah darinya, Rasulullah SAW kelihatan berketinggian sederhana.”
Bayang-bayang Rasulullah SAW ".

  • Bayang-Bayang Nabi
Al-Hakim al-Tirmizi meriwayatkan daripada Zakwan:
"Sesungguhnya Rasulullah SAW itu tidak mempunyai bayang-bayang sama ada ketika berada di bawah sinar matahari, mahupun bulan."

  • Nabi Terhindar Dari Lalat Dan Kutu
Al-Qadhi ‘Iyadh menyebut di dalam al-Syifa, dan al-’Azafi dalam Maulidnya:
 “Di antara keistimewaan Nabi Muhammad SAW, lalat tidak pernah menghinggapi baginda.”

Ia juga disebutkan oleh Ibnu Sabu’ dalam al-Khasa’is, dengan lafaz:
 “Sesungguhnya lalat tidak pernah hinggap pada pakaiannya.”

Beliau menambah:
 “Sesungguhnya di antara keistimewaan Rasulullah SAW, kutu tidak pernah menggigitnya.”

  • Darah Nabi
Diriwayatkan oleh al-Bazzar, Abu Ya’la, al Tabrani, al Hakim dan al Baihaqi daripada Abdullah ibn al Zubair: “Bahawa dia pernah datang menemui Rasulullah SAW ketika sedang dibekam. Setelah selesai dibekam, Rasulullah SAW pun bersabda, “Wahai Abdullah! Pergilah kamu dengan membawa darah ini dan buanglah ia di suatu tempat yang tiada sesiapa pun melihat kamu.”

Tetapi dia meminum darah itu. Apabila pulang, Rasulullah SAW bertanya: “Wahai Abdullah! Apakah yang telah kamu lakukan (terhadap darahku itu)?”

Jawabnya: “Aku telah meletakkannya di tempat yang tersorok yang aku ketahui ia sememangnya tersembunyi daripada pengetahuan orang.”


Rasulullah SAW bersabda: “Kemungkinan kamu telah meminumnya”. 

Kataku, “Ya!” Rasulullah SAW bersabda: “Celakalah manusia daripada kamu dan terselamatlah kamu daripada manusia.”

Maka mereka berpendapat kekuatan Abdullah r.a adalah disebabkan dari darah yang diminumnya itu.

Okay . Inilah part yang terakhir untuk Nurul kongsikan bersama hampa semua ok . Wassalam .
Sekali lagi Nurul minta maaf sebab terlambat update entry yang ini .




SOME WORDS!


Assalamualaikum~! My name is Nurul Nasuha ! Live in Kedah, Malaysia. I Love Korea !

PROFILE
K-DRAMA

Rewind



SHOUT

Credits



Template By: Nurul Afiqah
Big helped: Aulia
Edited: Sarang