FULL HOUSE
14 March 2013 • 12:28 • 1 000 comment(s)
. Assalamualaikum .
Hari ni Nurul akan tulis serba sedikit tentang cerita Full House pulak . Okay , tanpa berlengah masa jom kita tengok serba sedikit tentang drama korea yang satu ini .
Title : Full House
Episodes : 16
Genre : Romance , Comedy
Sinopsis :
Full House menceritakan mengenai seorang gadis , Han Ji Eun yang hidup sebatang kara sejak dari kecil dan mempunyai sebuah rumah yang diberi nama Full House oleh ayahnya . Pada suatu hari , Dong Wook dan Hee Jin , iaitu sahabat Ji Eun sejak dari kecil telah menipu Ji Eun dengan mengajaknya ke luar negeri kerana telah menang satu pertandingan . Dalam masa yang sama , kedua orang sahabatnya telah merancang untuk menjual rumah yang dimiliki oleh Ji Eun semasa Ji Eun berada di luar negeri .
Semasa Ji Eun di luar negeri , Ji Eun telah berkenalan dengan seorang lelaki , Lee Young Jae yang juga merupakan seorang aktor yang terkenal . Mereka berkenalan di atas kapal terbang , yang mana Ji Eun telah termuntah atas baju Young Jae . Sesampainya Ji Eun di sebuah hotel , Ji Eun mengalami masalah apabila dia tidak pandai bercakap English ketika di kaunter pendaftaran bagi membolehkannya check in di hotel tersebut . Dalam pada itu , muncul seorang lelaki yang bernama Yoo Min Hyuk yang telah menolong Ji Eun untuk check in ke dalam hotel tersebut .
Sekembalinya Ji Eun ke Korea , dia mendapati bahawa rumahnya telah dijual dan dibeli orang seorang lelaki . Lelaki yang membeli rumah tersebut ialah Lee Young Jae iaitu aktor lelaki yang Ji Eun kenal semasa di atas kapal terbang . Ji Eun melakukan segala macam hal untuk mendapatkan kembali rumahnya sehingga dia terpaksa kahwin kontrak dengan aktor lelaki tersebut . Sepanjang tempoh perkahwinan mereka , Ji Eun dalam diam telah menyimpan perasaan cinta terhadap Young Jae . Dan dalam diam-diam juga Min Hyuk juga telah menyimpan perasaan cinta terhadap Ji Eun .
Pelakon :
Song Hye Kyo
( Han Ji Eun )
Lee Young Jae
( Rain )
Kim Song Soo
( Yoo Min Hyuk )
Score : 5/5
Bagi mereka yang belum lagi tengok cerita ni ataupun nak tengok lagi boleh lah click dekat SINI .
|
SOME WORDS! ![]() Assalamualaikum~! My name is Nurul Nasuha ! Live in Kedah, Malaysia. I Love Korea ! PROFILE
K-DRAMA
Rewind SHOUT Credits ![]() |