BOY BEFORE FLOWER
9 March 2013 • 12:01 • 1 000 comment(s)
. Assalamualaikum .
Rasanya ramai yang dah tengok cerita Boys Before Flowers ataupun juga dikenali Boys Over Flowers . Cerita ini dah lama ditayangkan . Tetapi bagi peminat K-pop yang terlambat macam Nurul ni mungkin juga ada yang tak pernah tengok lagi . So , biarkan Nurul terangkan serba sikit tentang drama korea yang mempunyai 25 episodes ni .
Title : Boys Before Flowers or Boys Over Flowers
Episodes : 25
Genre : Romance , Comedy
Sinopsis :
Boys Before Flowers mengisahkan tentang Geum Jan Di , seorang gadis yang berasal daripada keluarga miskin yang mempunyai kedai mencuci baju yang terletak berdekatan dengan Sekolah Shin Hwa , sekolah yang mempunyai murid-murid dari golongan kaya-raya . Jan Di dipaksa bersekolah di Sekolah Shin Hwa atas desakan keluarganya dan menerima biasiswa renang . Jan Di secara tidak sengaja dimasukkan ke sekolah tersebut setelah dia menyelamatkan seorang lelaki yang cuba membunuh diri di sekolah tersebut kerana sering dibuli oleh kumpulah F4 . Kumpulan F4 dianggotai oleh empat orang lelaki yang kaya dan kacak .
Pelakon :
Geum Jan Di
( Koo Hye Sun )
Lee Min Ho
( Goo Jun Pyo )
Kim Hyun Joong
( Yoon Ji Ho )
Kim Bum
( So Yi Jung )
Kim Joon
( Song Woo Bin )
Kim So Eun
( Chu Ga Eul )
Bagi Nurul drama ni tak best sangat pon . Hanya best pada peringkat awal dah mula tak best bila Goo Jun Pyo jatuh cinta dekat Geum Jan Di . Nurul lebih suka watak Kim Hyun Joong dalam drama ni sebab dia nampak cool dan dalam diam-diam mula menyukai Geum Jan Di . Dan yang paling tak best sekali ialah ending cerita ni .
Score : 3.9/5
|
SOME WORDS! ![]() Assalamualaikum~! My name is Nurul Nasuha ! Live in Kedah, Malaysia. I Love Korea ! PROFILE
K-DRAMA
Rewind SHOUT Credits ![]() |