Nurul Nasuha
Maulidur Rasul Part 1
23 January 2013 • 23:17 • 0 000 comment(s)


. Assalamualaikum .

Khamis , 24 Januari 2013 / 12 Rabiul Awal 1434 merupakan hari kelahiran seorang manusia yang mulia di sisi Allah iaitu Muhammad Bin Abdullah Bin Abdul Muttalib Bin Hashim dan dilahirkan di Mekah . Hari ni .. iya .. hari ni merupakan Hari Maulidur Rasul ( kelahiran rasul ) . So , jom kita tengok serba sedikit mengenai Nabi Muhammad S.A.W .

Kelahiran Nabi Muhammad :

  Di kala umat manusia dalam kegelapan dan kehilangan pegangan hidupnya , lahirlah ke dunia dari keluarga yang sederhana , di Kota Mekah , seorang bayi yang kelak membawa perubahan besar bagi sejarah peradaban dunia . Bayi yang kematian bapanya yang bernama Abdullah yang meninggal kurang atau lebih dari 7 bulan sebelum dia lahir . Kehadiran bayi itu disambut oleh datuknya Abdul Muttalib dengan penuh kasih sayang dan kemudian bayi itu dibawanya ke kaki Ka'abah . Di tempat suci inilah bayi itu diberi nama Muhammad , suatu nama yang belum pernah ada sebelumnya . Menurut para ahli , kelahiran Muhammad itu pada tarikh 12 Rabiul Awal tahun Gajah atau tanggal 20 April tahun 517 M .

  Adapun sebab dinamakan tahun gajah  kerana pada tahun itu , Kota Mekah diserang oleh suatu pasukan tentera orang Nasrani yang kuat di bawah pimpinan Abrahah , gabenor dari kerajaan Nasrani Abbessinia yang memerintah di Yaman , dan mereka bermaksud menghancurkan Ka'abah . Pada waktu itu , Abrahah berkenderaan gajah . Belum lagi mereka mahu menghancurkan Ka'abah , mereka sudah dihancurkan oleh Allah terlebih dahulu dengan mengirimkan burung ababil . Oleh kerena pasukan itu menggunakan gajah , maka orang Arab menamakan bala tentera itu pasukan bergajah , sedang tahun terjadinya peristiwa ini disebut tahun Gajah .

  Nabi Muhammad S.A.W adalah keturunan Qushai pahlawan suku Quraish yang berhasil menggulingkan kekuasaan Khuza'ah atas Kota Mekah . Ayahnya bernama Abdullah Bin Abdul Muttalib Bin Hashim Bin Abdumanaf Bin Qushai Bin Kilab Bin Murrah dari golongan Arab Banu Ismail . Ibunya bernama Aminah Binti Wahab Bin Abdumanaf Bin Zuhrah Bin Kilab Bin Murrah , di sinilah salasilah keturunan ayah dan ibu Nabi Muhammad S.A.W bertemu . Baik keluarga dari pihak ayah dan ibu Nabi Muhammad S.A.Wtermasuk golongan bangsawan dan terhormat dalam kalangan kabilah-kabilah Arab .

  Beliau juga telah diserahkan oleh ibunya kepada seorang perempuan yang baik , Halimah Sa'diyah dari Bani Sa'ad kabilah Hawazin , tempatnya tidak jauh dari Kota Mekah . Di perkampungan Bani Sa'ad inilah nabi Muhammad S.A.W diasuh dan dibesarkan sampai berusia 5 tahun .Demikianlah perihal Nabi Muhammad S.A.W .

Okay ... nanti Nurul akan tulis mengenai Pengalaman-Pengalaman Penting Nabi Muhammad S.A.W pulak . Harap bersabar ok . Maybe 2 hari lagi kot .
Sempena dengan kelahiran Nabi Muhammad S.A.W ini , marilah kita memperbanyakkan selawat .

Ya Allah , kurniakanlah kepujian ke atas Nabi Muhammad dan ahli keluarga Nabi Muhammad.




  


SOME WORDS!


Assalamualaikum~! My name is Nurul Nasuha ! Live in Kedah, Malaysia. I Love Korea !

PROFILE
K-DRAMA

Rewind



SHOUT

Credits



Template By: Nurul Afiqah
Big helped: Aulia
Edited: Sarang