Nurul Nasuha
NEW SCHOOL
11 May 2013 • 07:21 • 4 000 comment(s)


. Assalamualaikum .

Waalaikumsalam .. huhu ~

Mood sekarang sedang happy ni . Biasa lah dah kembali ke sekolah . Dapat jumpa kawan-kawan , rehat sekali , sembang-sembang , gosip-gosip . Haha ... Lepaskan rindu yang terpendam sekian lama . Minggu orientasi dekat SMK Ibrahim ni best jugak lah . Duduk dalam 1 kumpulan yang mana tak pernah jumpa pon . Tapi ada jugak kumpulan yang satu sekolah masa Form 5 dulu * tak lah segan kalau nak sembang pon sebab dah lama kenal kan ?

Hari Rabu (8 Mei 2013) hari tu ada pendaftaran untuk Form 6 . Masa pendaftaran tu Nurul just pakai tudung putih , baju putih , kain biru nad kasut hitam . Tapi sebenarnya pakaian Form 6 tu bukan macam tuh . Pakaian depa kain putih , baju putih , kain HITAM and kasut hitam . Gabai jugak lah pakai kain biru masa hari Rabu tuhh , nasib ada geng . Nurul bukan nak masuk sangat Form 6 ni , tu yang malas nak beli kain hitam tu . Lagipon rasa membazir pulak kalau beli kain hitam tapi nak pakai sat ja kan . After pendaftaran going to rumah kawan , Amy . Sampai sana dalam pukul 10 pagi macam tu lah . Ingat nak pergi C-Mart nak tengok dia kerja dekat Ice Queen tapi dia cuti pulak . So lepak lah dekat rumah dia sampai pukul 4 petang . Memang muka tak dak kerja len pon . Rumah Amy ni lah tempat yang best nak lepak ramai-ramai . Hehe ~ 

Hari Khamis memang syok habis lah . Time ni lah mereka bahagikan kumpulan sebab nak main game . First game is radio buruk . Tahu tak radio buruk tu apa ? Apa ? Tak tahu ? Game ni kita kena hafal ayat yang FC bagi tapi sorang ja yang hafal . Then dia akan bisik dekat orang seterusnya dan orang yg seterusnya akan bisik dekat orang yg seterusnya . Kalau tak ingat nasib badan lah kena denda . And .. and .. team kami kalah sebab silap . Padam muka sangat main tipu lagi .. Hahaha . Sebelum terlupa before main radio buruk tu kami kena menyanyi lagu sekolah Ibrahim . Ermm , boleh tahan jugak lah lagu depa . Btw , lagu SMK Sungai Layar best lagi kot . Tik tok tik tok . Sampai lah pukul 10.20 . Apa lagi rehat lah kan . Perut tak larat nak bunyi dah sebab tak sarapan . Nurul ni memang jenis manusia yang jarang sarapan pon . Rehat sampai pukul 10.50 ja . Nurul just minum air teh o ais , kek batik and roti yang dalamnya ada sosej . Alhamdulillah . Kenyang dah . Masuk dewan main lagi satu game . Game teka-teki . Sorang akan buat gerakkan badan dekat orang depannya dan orang depannya akan buat dekat orang seterusnya . Jawapan dia hendaklah dalam peribahasa atau simpulan bahasa berdasarkan ayat yg FC bagi . Team kami dapat AYAM DISAMBAR HELANG . Gerakkan badan ayam tu senang lah . Just kepakkan tangan ja . Yang burung helang tu lah masalah . Last-last , team kami lah orang yg pertama kalah . Malu kot .

Sebelum terlupa FC ada suruh semua team buat satu persembahan untuk hari esok . Persembahan yg baik akan dipilih untuk dipersembahkan pada HARI GURU nanti . So team kami decided untuk menyanyi bersama gitar . Lagu tak sure lagi . Tapi depa suruh Nurul download lagu Fiona and Kau Ilhamku . Sebagai tambahan Nurul tambahkan lagu Di Sini Kami Berkumpul . Mana tau kalau-kalau ada kumpulan yang pilih lagu sama kan .. Kasi cheer sikit . AJA-AJA , FIGHTING . ┐('▽'┐) (┌'▽')┌



SOME WORDS!


Assalamualaikum~! My name is Nurul Nasuha ! Live in Kedah, Malaysia. I Love Korea !

PROFILE
K-DRAMA

Rewind



SHOUT

Credits



Template By: Nurul Afiqah
Big helped: Aulia
Edited: Sarang