Info : Wudhu'
6 January 2013 • 02:19 • 0 000 comment(s)
. Assalamualaikum .
Peace.
Disebabkan mata ni terlalu sukar untuk dipejamkan jadi Nurul ingat nak share info yang amat berguna kepada kita semua selaku umat nabi yang terakhir , Nabi Muhammad . Nurul ingin kongsikan dengan hampa tentang wudhu' . Wudhu' sangat penting kepada kita terutamanya dalam menunaikan solat sehari semalam lima waktu . Antara sabda nabi :
"Akan datang umatku pada hari kiamat bertanda putih (pada dahi) dan bercahaya (pada anggota) kerana kesan-kesan wudhu' . Maka barang siapa yang mampu melebarkan kesan putihnya , maka lakukanlah ."RUKUN FARDHU *tak buat batal wudhu* - Niat (ketika membasuh muka) " Barang siapa wudhu' dan ia menyebut nama Allah Taa'la , maka hal itu menyebabkan suci bagi seluruh badannya . Oleh kerana itu , bila ia lupa menyebut pada mula pertama wudhu dan baru ingat saat sedang wudhu' , hendaklah ia menyebutnya sehingga wudhu' tersebut tidak kosong dari (menyebut) nama Allah 'Azza Wa Jalla ."- Membasuh muka " Sesungguhnya Nabi wudhu' , lalu baginda mengambil air hanya dengan kedua belah telapak tangannya saja dan hanya sekali saja serta mencuci mukanya dengan air tersebut ."- Membasuh tangan hingga ke siku - Membasuh sebahagian kepala " Sesungguhnya Nabi menyapu kepalanya dan bahagian luar dalam kedua telinganya serta baginda memasukkan kedua jari telunjuknya ke dalam kedua-dua lubang telinganya ."- Membasuh kaki hingga ke buku lali - Tertib ANTARA PERKARA SUNAT : - Membasuh dengan tiga kali " Baginda membasuh anggota-anggota wudhu'nya sebanyak tiga kali ."- Berkumur-kumur - Membasuh telinga ANTARA PERKARA MAKRUH : - Membazir " Sesungguhnya akan ada dalam kalangan umat ini , satu kaum yang berlebih-lebihan dalam bersuci dan berdoa ." # Satu botol air mineral boleh digunakan untuk empat orang mengambil wudhu' . # Memasukkan air ke dalam hidung boleh menyembuhkan resdung tetapi hendaklah diniatkan kerana Allah . # Sesiapa yang mengikut sunnah Nabi Muhammad ketika orang lain tidak mahu melakukannya , bagi dia 1 pahala bersamaan 100 pahala syahid . Maklumat lanjut boleh lihat di SINI . Sekian saja coretan kali ini . Mudah-mudahan berguna untuk kita semua . Kalau Nurul ada salah dalam menyampaikan maklumat ni , sila beri teguran . Terima kasih .
|
SOME WORDS! Assalamualaikum~! My name is Nurul Nasuha ! Live in Kedah, Malaysia. I Love Korea ! PROFILE
K-DRAMA
Rewind SHOUT Credits |